suria

Tolong jangan guna lagi terma ‘Karma is real’, tak wujud dalam Islam... Boleh jatuh kufur!

Umat Islam wajib meyakini kekuasaan Allah. -Gambar hiasan

PERKATAAN karma sering digunakan bagi menggambarkan balasan yang bakal diterima seseorang atas tindakan mereka.

Malah, konsep karma ini turut digunakan segelintir umat Islam kerana ia sudah menjadi kebiasaan sejak dulu lagi.

Menurut laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, karma merupakan suatu konsep yang berasal daripada bahasa sanskrit dan mempunyai asas kepercayaannya dalam Hinduisme, Buddhisme dan Jainisme.

Secara terminologi, karma bermaksud ‘perbuatan yang memberi kesan kepada hasil atau keputusan’, dan seterusnya difahami sebagai konsep ‘timbal-balik’ atau ‘sebab-akibat’ daripada perbuatan seseorang manusia di atas dunia.

Sebagai contoh, jika seseorang itu melakukan perbuatan-perbuatan yang murni, maka ia akan menghasilkan balasan yang baik di kemudian hari.

Konsep ini kemudiannya ia berkembang menjadi falsafah moral dan etika sehingga dianggap sebagai undang-undang universal.

Karma menurut Islam

Meyakini wujud kuasa lain yang memberi kesan selain daripada Allah boleh membawa kepada kekufuran.

Akidah Islam menyatakan semua perkara yang berlaku adalah dengan kuasa dan kehendak Allah SWT.

(at junction puncak alam selling juice durian belanda) comment on the surge of pickled mango seller on the road. Need pixman to go around to take photos of the sellers.—AZLINA ABDULLAH/The Star

Kita hendaklah sentiasa berbuat baik kepada semua orang. -Gambar hiasan

Tidak ada di alam ini yang terjadi dengan sendirinya secara semula jadi.

Konsep karma yang ada dalam agama hindu jelas bercanggah dengan akidah Islam.

Islam meyakini segala kejahatan yang dilakukan oleh manusia akan dibalas sama ada di dunia mahupun akhirat.

Kesimpulan

Dapat disimpulkan tidak wujud konsep karma dalam Islam.

Setiap orang perlu meyakini segala yang berlaku di dunia ini merupakan kehendak dan kuasa daripada Allah.

Meyakini sebab dan akibat tanpa campur tangan kuasa Allah ialah suatu bentuk kekufuran.

Umat Islam wajib meyakini setiap balasan sama ada yang baik mahupun buruk ialah daripada Allah SWT.

Artikel Lain