suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peniaga kongsi resipi ayam goreng garing di luar, isi dalam kekal lembut... Patutlah laku keras!

Ayam goreng air tangan Sha yang menambat selera ramai. -Foto TikTok

SETIAP orang terutamanya kanak-kanak pasti menggemari ayam goreng.

Aromanya ketika digoreng dan selepas diangkat dari kuali sudah cukup membuatkan perut berkeroncong. 

Tapi ramai tidak tahu, ada rahsia untuk menghasilkan ayam goreng yang bukan sekadar enak tetapi kegaringannya kekal lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Cara rebus jagung supaya tak kecut... Isi kekal ‘gemuk’, rasa manis semula jadi terpelihara

Seorang peniaga makanan, Sha Mohd Razali, tidak lokek berkongsi rahsia ayam goreng enak yang menjadikan jualannya laku keras setiap hari.

Antara bahan utama penyediaan ayam goreng resipi yang dikongsikan oleh Sha.

Cara-caranya:

1. Bersihkan ayam yang sudah dipotong kepada beberapa bahagian. 

2. Dalam bekas berisi ayam, masukkan garam, serbuk perasa, serbuk bawang putih, serbuk cili dan serbuk kunyit.

3. Tuangkan cuka. Untuk sebekas besar ayam, kira-kira dua cawan cuka diperlukan.

4. Gaul rata kesemua bahan berkenaan.

5. Panaskan minyak masak, dan sedia untuk digoreng.

Ayam goreng bukan sahaja bersinar kuning keemasan, malah garing di luar dan lembut di dalam sehingga berjam-jam lamanya selepas diangkat keluar dari kuali.

Selamat mencuba!

Artikel Lain