Tempat Duduk Percuma Laluan Antarabangsa Bintulu-Singapura - Destinasi | mStar

Tempat Duduk Percuma Laluan Antarabangsa Bintulu-Singapura

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd, syarikat penerbangan kos rendah terbaik dunia sembilan kali berturut-turut, telah melancarkan laluan antarabangsa pertama dari Bintulu, Sarawak ke Singapura mulai 27 Disember 2017 dengan penerbangan terus empat kali seminggu.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, syarikat penerbangan tersebut berkata, pengenalan laluan unik baharu itu seiring dengan pelan pengembangan berterusannya di Sarawak.

Pelancong berkumpul di hadapan mercu tanda 'Merlion' di Singapura untuk mengambil gambar.

Di samping menambah dua laluan baharu ke negeri itu, iaitu Kuching-Shenzhen dan Bintulu-Singapura, syarikat tersebut juga meningkatkan kekerapan penerbangan antara laluan utama, Kuching-Miri kepada 29 kali seminggu, Kuching-Singapura kepada 16 kali seminggu dan Miri-Singapura kepada tujuh kali seminggu," katanya.

Bagi meraikan pelancaran berkenaan, AirAsia menawarkan tempat duduk percuma dari Bintulu ke Singapura yang boleh ditempah mulai sekarang hingga 12 November 2017 melalui  airasia.com dan aplikasi mudah alih untuk peranti iPhone dan Android , bagi tempoh perjalanan antara 27 Disember 2017 dan 21 November 2018.

Tamu Bintulu menawarkan pelbagai barangan tempatan dari hutan dan produk asli buatan tangan.

"Laluan baharu itu serta penambahan kekerapan penerbangan akan mengukuhkan kedudukan kami di  Sabah/Sarawak dan mengesahkan lagi komitmen kami untuk membangunkan Sarawak,” kata Ketua Komersial AirAsia Bhd, Spencer Lee.

AirAsia kini terbang ke tiga destinasi dari Bintulu – Singapura, Kuala Lumpur dan Kuching dengan 39 penerbangan sehala dalam seminggu.

Berkuatkuasa 7 November 2017, AirAsia akan memindahkan operasi di Lapangan Terbang Changi, Singapura dari Terminal 1 ke Terminal 4 yang canggih dan automatik sepenuhnya bagi merangkul inisiatif perjalanan yang cepat dan lancar. - Bernama

Bintulu , Singapura , AirAsia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Revolusi Ilham Projek Nasi Lemak