"Terima Kasih Harimau Malaya, Anda Aset Negara" - TMJ - Sukan SEA 2017 | mStar

"Terima Kasih Harimau Malaya, Anda Aset Negara" - TMJ

PETALING JAYA: Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas gagal mendapatkan 'ibu emas' pada final bola sepak Sukan SEA ke-29 (KL2017), namun semangat mereka tidak dibiarkan luntur sejurus tamat perlawanan yang menjadi tumpuan ramai itu.

Bagaikan memahami perasaan pemain, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bergegas ke bilik persalinan untuk memberikan kata-kata dorongan kepada skuad negara supaya menerima kekalahan dengan hati terbuka.

"Memang patut sedih dan kecewa, tetapi tiada seorang pun yang berada di dalam bilik ini yang telah memalukan negara.

"Saya tengok hari ini (perlawanan akhir) ada dua emosi bercampur. Satu, saya kecewa dengan kekalahan dan satu lagi saya bangga dengan apa yang kita ada untuk masa akan datang," katanya kepada pemain Harimau Malaya.

Tunku Ismail turut meyakinkan pemain terlibat bahawa mereka adalah aset negara kerana masih muda untuk beraksi pada perlawanan akan datang.

"Tiada siapa suka kalah tapi tak bermakna ini perjalanan terakhir.

"Saya tahu kawan anda, keluarga anda turut berasa bangga.

"Ada satu perkataan yang ingin saya sampaikan kepada anda semua iaitu terima kasih," ujarnya menerusi rakaman yang dimuat naik FAM di laman rasmi Facebook persatuan itu.

Kontinjen Malaysia gagal memperoleh pingat emas selepas skuad bola sepak negara tewas kepada Thailand pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, Selasa malam.

Thailand mencatat hatrik emas kali ketiga berturut-turut Sukan SEA dengan kemenangan tipis 1-0.

Seawal saat ke-25 permainan, skuad negara memulakan dengan percubaan awal sepakan sudut.

Biarpun pasukan negara dilihat lebih mendominasikan padang, namun ketiadaan penyudah menyebabkan gawang Thailand sukar dibolosi.


Sukan SEA KL 2017

Artikel Sebelum

Kesilapan Haziq Nadzli Normal - OKS

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain