suria

Messi Termenung Fikirkan Nasib Argentina

LIONEL Messi termenung panjang ketika melakukan persediaan bersama anggota pasukan Argentina yang lain untuk kelayakan Piala Dunia akan datang.

Bintang berusia 30 tahun itu gusar memikirkan kepentingan perlawanan menentang Uruguay dan Venezuela yang akan menentukan nasib pasukan itu.

Pemain kelab Barcelona itu juga kelihatan muram ketika menyertai Paulo Dybala, Angel Di Maria dan Co semasa berlatih dalam suasana mendung di Buenos Aires.

Untuk rekod, Messi berada di kedudukan kelima dalam kumpulan kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan dengan berbaki empat perlawanan.

Antara riak wajah Messi yang kelihatan bingung ketika menjalani latihan bersama rakan pasukannya. - Agensi

Argentina bakal berentap dengan juara Oceana, New Zealand dalam satu perlawanan play-off intercontinetal.

Tekanan daripada penyokong pasukan itu yang menuntut skuad Jorge Sampaoli mempamerkan aksi terbaik adalah begitu tinggi.

Ini kerana finalis Piala Dunia 2014 itu pernah memenangi enam perlawanan, seri empat kali dan turut tewas empat kali. - Daily Mail

Lionel Messi

Artikel Berikut

Artikel Lain