suria

Malaysia Gagal Raih 'Ibu Emas'

Malaysia gagal membawa balik 'ibu emas' selepas skuad bola sepak negara tewas kepada Thailand pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, Selasa malam. Foto FAIHAN GHANI

SHAH ALAM: Kontinjen Malaysia gagal membawa balik 'ibu emas' selepas skuad bola sepak negara tewas kepada Thailand pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, Selasa malam.

Thailand mencatat hatrik emas kali ketiga berturut-turut Sukan SEA dengan kemenangan tipis 1-0.

Seawal saat ke-25 permainan, skuad negara memulakan dengan percubaan awal sepakan sudut. Biarpun pasukan negara dilihat lebih mendominasikan padang, namun ketiadaan penyudah menyebabkan gawang Thailand sukar dibolosi.

Pada minit ke-36 kad kuning pertama dilayangkan kepada pemain Thailand oleh pengadil Hsin-Chuan Chen dari Taiwan.

Keadaan padang yang licin mengehadkan pergerakan pemain.

Bagaimana pun Thailand yang dibimbing ketua jurulatih Worrawoot Srimaka lebih selesa menggunakan hantaran pendek melepasi benteng pertahanan skuad negara.

Dalam kemeriahan sorakan penyokong Thailand UltrasNTourKL yang tidak henti-henti memberi sokongan kepada pasukan mereka bertambah rancak apabila skuad juara bertahan itu mendapat gol hasil jaringan sendiri minit ke-39 selepas penjaga gawang negara Muhammad Haziq Nadzli yang cuba menumbuk bola keluar selepas sepakan sudut pemain lawan.

Perlawanan separuh masa pertama berkesudahan Thailand mendahului 1-0.

Bersambung ke babak kedua, skuad negara tampil lebih yakin untuk mencari gol penyamaan, tetapi masih belum menemui penyudah yang baik biarpun beberapa kali peluang hadir di kawasan penalti.

Manakala Thailand dilihat lebih berhati-hati, dan bermain secara bertahan. Minit ke-51, Adam Nor dilayangkan kad kuning selepas berlaku kekasaran ke atas pemain Thailand.

Minit ke-67 Malaysia melakukan pertukaran pemain dengan mengeluarkan Muhammad Safawi Rasid yang turut menerima kad kuning, diganti Muhammad Syafiq Ahmad.

Untuk rekod, kejayaan Thailand edisi KL2017 ini menyaksikan koleksi emas ketujuh keseluruhannya bermula 2001, 2003,2005,2007,2013 dan 2013.

Manakala Malaysia kali terakhir meraih pingat emas dua kali berturut-turut pada pada edisi 2009 dan 2011.

Senarai pemain:

MALAYSIA: Muhammad Haziq Nadzli, Mathhew Thomas Davies, Muhammad Adib Zainuddin (C), Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Nor Azam Abdul Azih, Adam Nor Azlin, Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew, N.Thanabalan, Mohamed Syamer Kutty Abba, Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak, Muhammad Irfan Zakaria.

Ketua Jurulatih: Datuk Ong Kim Swee

THAILAND: Nont Munagngam, Suriya Singmut, Woramut Namvech, Nopphon Phonkam, Chenrop Samphaodi (C), Phicha Au-Tra, Saringan Peomsupa, Phittiwat Sookjitthummakul, Rattanakorn Maikami, Worachit Kanitsribumphen.

Ketua jurulatih: Worrawoot Srimaka

Pengadil: Hsin-Chuan Chen (Taiwan)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Muay Sumbang Dua Emas

Artikel Lain