Prem Kumar Idam Emas - Sukan SEA 2017 | mStar

Prem Kumar Idam Emas

S. Prem Kumar.

KUALA LUMPUR: Atlet karate kebangsaan, S. Prem Kumar mengintai kilauan pingat emas dalam penampilan sulungnya pada Sukan SEA bulan depan.

Atlet di bawah Program Kita Juara ini yakin sasaran berkenaan mampu direalisasikan menerusi latihan intensif di dalam dan luar negara di bawah kendalian ketua jurulatih karate kebangsaan, Andre Vasiljevs dari Lithuania.

"Walaupun ini merupakan penampilan sulung saya pada Sukan SEA, saya bertekad untuk memenangi pingat emas untuk negara.

"Peluang mewakili negara pada Sukan SEA 2017 ini perlu digunakan sebaik mungkin kerana barisan jurulatih dan ibu bapa meletakkan harapan tinggi kepada saya untuk memenangi pingat emas," katanya.

Mengulas persediaan skuad kebangsaan, anak jati Kuala Lumpur itu berkata skuad karate baru sahaja kembali daripada menyertai latihan dan pertandingan di Perancis selain turut menyertai Kejohanan Karate Asia Tenggara di Negeri Sembilan, awal tahun ini.

Persekutuan Karate Malaysia (Makaf)  menyasarkan enam pingat emas daripada 16 acara yang bakal disertai skuad kebangsaan pada Sukan SEA Kuala Lumpur nanti.

Acara karate dijadualkan berlangsung dari 22-24 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pencapaian terbaik skuad negara dalam acara karate pada Sukan SEA adalah ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada edisi 2001 dengan sembilan pingat emas.

Acara karate tidak dipertandingkan pada temasya Sukan SEA 2015 di Singapura. - BERNAMA

Prem Kumar , karate , Sukan SEA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain