suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Tengah Bakal Sertai Manchester United

MANCHESTER United dijangka melengkapkan perpindahan seorang pemain tengah pada minit terakhir sebelum jendela pemindahan melabuhkan tirainya.

Daily Mirror melaporkan, United sentiasa memantau perkembangan Ross Barkley bersama Everton sejak sebelum ini dan akan mendapatkan khismatnya sebelum jendela pemindahan ditutup.

Namun Jose Mourinho tidak berada dalam keadaan terdesak bagi  mendapatkan pemain England berkenaan untuk memperkemaskan bahagian tengah.

Bagaimanapun khidmat pemain berusia 23 tahun bernilai £50 juta itu diperlukan United yang akan bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Selain United, Chelsea dan Tottenham juga mahukan Barkley yang mempunyai baki kontrak selama setahun lagi di Everton.

Laporan itu mendakwa, Mourinho ingin memantau dahulu perkembangan Barkley sebelum membawanya ke Old Trafford.

Barkley dikatakan pemain terbaik untuk mengisi posisi nombor 10 yang masih kosong ketika ini.

Manchester United, Everton

Artikel Sebelum

Gandingan Mantap JST!

Artikel Berikut

Artikel Lain