suria

Gandingan Mantap JST!

Foto Facebook Football Association of Malaysia (Official).

DI saat Harimau Malaya berdepan krisis kepincangan penyerang berbeza pula dengan skuad bawah 22 tahun (B-22) negara yang memulakan rentak cemerlang pada kempen kelayakan Kejohanan Piala Konfederasi  Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B-23), malam Rabu.

Beraksi ala kadar tanpa kelibat enam pemain yang tidak dilepaskan pasukan masing-masing, anak buah Datuk Ong Kim Swee menundukkan Indonesia 3-0 pada aksi sulung Kumpulan H di Stadium Nasional Supachalasai, Bangkok.

Tiga gol itu dijaringkan Mohd Jafri Firdaus Chew (Jafri), Muhammad Syafiq Ahmad (Syafiq) dan N.Thanabalan (Thanabalan) atau digelar netizen sebagai trio JST.

Syafiq Ahmad

Ia adalah singkatan kepada Jafri, Syafiq dan Thanabalan.

Jafri merupakan penyerang pasukan Pulau Pinang, Syafiq (Kedah) manakala Thanabalan (Felcra FC).

Kehebatan gandingan JST itu menjadi bualan hangat peminat bola sepak tempatan di laman sosial.

Malah, netizen yakin gandingan serasi trio berbisa negara itu boleh membantu negara melakar kejutan ke atas pasukan tuan rumah Jumaat ini selepas melakukan amukan pertama terhadap pasukan pilihan Indonesia.

Mohd Jafri Firdaus Chew

Bukan itu sahaja, gandingan trio itu turut diangkat sebagai penyerang harapan negara yang bakal menyinar pada masa hadapan.

Dalam gambar yang dimuatnaik menerusi laman Facebook sukan, gambar ketiga-tiga pemain itu sambil meraikan kemenangan pasukan ditulis dengan kapsyen JST=1 Perlawanan 3 Gol.

"Percayakah anda, JST (Jafri, Syafiq, Thanabalan). Satu perlawanan tiga gol  trio yang tengah dibentuk! Bukan page JST tu," demikian menurut posting tersebut.

Skuad B-22 negara akan menentang Thailand pada malam Jumaat (8 malam) sebelum bertemu Mongolia pada 23 Julai di venue sama.

Mengikut format pertandingan, 40 pasukan dibahagikan kepada 10 kumpulan dengan juara kumpulan dan lima naib juara terbaik keseluruhan akan mara ke pusingan akhir 16-pasukan di China.

N.Thanabalan

Skuad B-22, JST

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain