Hidup miskin, keluarga sanggup jual hasil tanaman bantu Mane buru impian main bola sepak

Mane tidak bersekolah kerana kemiskinan.

"IBU bapa saya tidak ada duit untuk hantar pergi sekolah," luah pemain bintang, Sadio Mane.

Perumpamaan 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu' amat tepat buat pemain terkenal Liga Perdana Inggeris (EPL), Mane.

Nama Mane tidak perlu diperkenalkan lagi kepada penggemar EPL kerana aksinya memang ditunggu-tunggu.

Penyerang berbisa berusia 27 tahun ini merupakan penjaring terbanyak musim 2018/19, berkongsi rekod dengan rakan gandingan hebat, Mohamed Salah di Anfield.

Hakikatnya tidak semua yang tahu kisah sebenar kehidupan pemain antarabangsa Senegal ini sebelum bergelar bintang.

Hidup Mane berubah 360 darjah selepas impian bermain bola sepak profesional tercapai.

Mane dilahirkan pada 10 April 1992 di Sedhiou, Senegal dan membesar di sebuah perkampungan kecil di Bambali.

Kampungnya itu hanya mempunyai 24,213 populasi penduduk atau 5 peratus daripada jumlah orang di Liverpool.

Ketika membesar, Mane tinggal bersama saudaranya memandangkan dia mempunyai jumlah adik beradik yang ramai, menyebabkan dia tidak mendapat keperluan asas hidup.

"Ibu bapa saya tidak pernah ada duit untuk menghantar saya ke sekolah. Setiap pagi dan petang saya akan pergi bermain bola sepak dengan kawan-kawan di jalanan.

"Ketika remaja, saya hanya tahu Liga Perdana yang ditonton di televisyen. Hanya Liga Perdana. Ia adalah impian besar untuk saya."

Mane juga memberitahu, ketika berusia 15 tahun, dia hanya tahu menyepak bola dengan kakinya yang dipenuhi dengan debu-debu jalan dan tidak faham permainan sebenar.

Namun inspirasi bergelar pemain bola semakin berkobar-kobar pada Piala Dunia 2002 apabila negaranya mara ke suku akhir pada penampilan pertama di pentas antarabangsa.

Mane antara pemain terkenal dalam Liga Perdana Inggeris.

Selepas aksi Piala Dunia tersebut, ketika itu usianya mencecah 10 tahun, Mane semakin teruja bercerita mengenai bola sepak.

Menurut Mane, selepas Piala Dunia, dia dan kawan-kawannya mula membuat pertandingan di kampung mereka.

"Setiap perlawanan saya akan pastikan yang terbaik dan menang. Ketika itu semua orang memberitahu sayalah pemain terbaik di kampung.

"Tetapi keluarga saya tidak minat bola sepak. Mereka sangat pentingkan agama dan mahu sesuatu yang berbeza daripada saya.

"Apabila mereka melihat saya selalu dengan bola sepak, saya mula memujuk mereka, terutama pak cik supaya memberi kebenaran untuk tinggalkan kampung dan pergi ke bandar bagi mempelajari bola sepak, sebelum berhijrah ke pusat bandar Dakar City.

"Pada mulanya mereka tidak mengizinkan, namun saya terus memujuk dan tunjuk betapa tingginya kemahuan ini.

"Mereka akhirnya akur dengan permintaan saya. Ibu bapa dan pak cik saya menjual semua hasil tanaman untuk menampung perbelanjaan saya," ujarnya.

Menurut Mane, berita mengenai dirinya mahu ke bandar untuk mempelajari bola sepak tersebar di seluruh kampungnya.

"Pak cik saya paling banyak membantu sejak awal. Selain itu, seluruh penduduk kampung turut menyumbang wang untuk saya.

"Apabila saya berpindah ke Dakar, saya tinggal dengan sebuah keluarga yang tidak dikenali.

"Saya hanya menawarkan mereka sedikit wang dan jelaskan mengenai tujuan sebelum dibenarkan tinggal di situ.

"Mereka menjaga dan melakukan segalanya untuk bantu saya dalam bola sepak," katanya.

Mane antara pemain Muslim yang berjaya di Liga Inggeris. Foto: Instagram

Ketika tiba Dakar, Mane berpeluang melawat kelab bola sepak popular di pusat bandar itu.

"Ketika tiba, saya lihat ramai kanak-kanak lelaki diuji sebelum diserap ke dalam pasukan. Saya tidak akan lupa satu insiden apabila ada seorang lelaki dewasa memandang seperti saya tersalah tempat.

"Dia tanya saya 'Adakah kamu datang ke sini untuk ujian'?. Layanannya sangat teruk. Dan dia tanya lagi, 'Dengan seluar pendek itu?. Kamu tidak ada pakaian lengkap untuk bola sepak?'.

"Saya hanya beritahu mereka bahawa datang ke situ dengan apa yang ada sahaja dan hanya mahu bermain, buktikan diri.

"Apabila saya masuk ke padang, mukanya sangat terkejut.

"Dia datang kepada saya dan berkata, 'Saya pilih kamu'. Kamu akan bermain dengan pasukan saya'.

"Selepas beberapa ujian, saya berjaya memasuki akademi tempatan."

Selepas itu, bakat Mane semakin bersinar dan menjadi salah seorang pemain terbaik di Senegal.

Keajaiban berlaku apabila dia dipilih oleh peninjau-peninjau bakat bola sepak Perancis ketika misi ke Senegal.

Selain dengan laporan latar belakang Mane yang miskin, mereka (peninjau bakat) amat kagum dengan bakat dan kemahiran Mane.

Mereka yakin Mane bakal mencipta nama sebagai pemain bintang.

Mane terpilih ke kelab Perancis Metz pada usia 15 tahun sebagai pemain profesional.

Mane (kanan) bersama sepupunya. Foto: Instagram

Ia kelab yang sama melahir pemain-pemain bintang lain seperti Rigobert Song, Louis Saha, Papiss Cisse, Emmanuel Adebayor dan Robert Pires.

Ketika itu Mane mengakui dia tidak memberitahu ibu bapanya mengenai karier di Perancis kerana  bimbang tidak dipersetui.

Namun dia merancang untuk memberi kejutan kepada keluargnya.

"Saya masih ingat pertama kali ke Perancis sepatutnya saya menaiki kereta api tetapi jurulatih cakap 'duduk di rumah' dan saya tidak ada kredit di telefon untuk hubungi ibu.

"Keesokannya rakan -rakan di Metz belikan kad pra bayar. Jadi saya hubungi ibu.

"Hello Mama, saya di Perancis. Dia menyoal saya di mana Perancis. Saya beritahu 'Perancis di Eropah'.

Mane antara penjaring terbanyak dalam skuad Liverpool.

Dia tidak percaya dan fikir saya masih di Senegal. Dia mula marah dan terkejut. Sejak itu dia setiap hari dia menelefon saya.

"Selepas melihat saya di televiseyn baharulah dia percaya dan menyedari impian saya menjadi kenyataan," ujarnya. 

Selepas setahun bersama Metz, Mane beraksi bersama Red Red Bull Salzburg  2012–2014 (31 gol),  Southampton pada 2014–2016 dengan 21 gol.

Pada tahun 2016, nama Mane semakin gah di Liverpool dan sehingga kini telah merakam 45 gol keseluruhannya.

Sadio Mane, Senegal, Liverpool

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain