suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perancis Benam Iceland 5-2, Ke Separuh Akhir Jumpa Jerman

PERANCIS menang bergaya untuk mara separuh akhir apabila menyingkir Iceland 5-2 pada aksi suku akhir awal pagi Isnin.

Pasukan tuan rumah melakar empat gol pada babak pertama dengan jaringan Oliver Giroud (m-5,59'), Paul Pogba (19), Dimitri Payet  (42) dan Antoine Griezmann  (45).

Aksi Griezmann selepas menjaringkan gol keempat.



Namun Iceland bangkit cuba merapat jaringan dengan dua gol Kolbeinn Sigthorsson pada minit ke-56 dan Birkir Bjarnason (84').

Perancis bakal berepan dengan juara dunia, Jerman pada aksi separuh pada aksi Jumaat ini.

"Jerman merupakan pasukan juara dunia malah menjadi pilihan dalam kejuaraan ini.

"Namun kami yang akan tentukan keputusannya nanti. Malah kami mahu mencatat satu lagi bab baharu dalam sejarah bola sepak Perancis," jelas kapten Giroud.

Giroud berjaya meledak dua gol


Senarai pemain
:

Perancis: Lloris, Sagna , Koscielny , Umtiti , Evra ; Pogba , Matuidi ; Sissoko , Griezmann , Payet ; Giroud . (simpanan): Gignac, Mangala , Coman .

Iceland: Halldorsson ; Saevarsson, Amason , R Sigurdsson, Skulason; Gudmundsson , Gunnarsson, G Sigurdsson , B Bjarnason ;Sigthorsson 6, Bodvarsson . (simpanan): Ingason, Finnbogasson, Gudjohnsen . 
Euro 2016, perancis, iceland

Artikel Berikut

Artikel Lain