suria

Hamilton Kuasai GP Austria Dalam Aksi Dramatik

SPIELBERG, AUSTRIA: Juara dunia tiga kali, Lewis Hamilton meraih kemenangan di Grand Prix Austria pada Ahad selepas berlakunya pelanggaran pada pusingan akhir dengan rakan sepasukannya, Nico Rosberg.

Kedua-dua pemandu Mercedes itu terlibat dalam aksi dramatik di hujung perlumbaan.

Hamilton yang bermula di petak utama mengasak Rosberg yang juga pendahulu kejohanan di Selekoh apabila kedua-dua pemandu berlanggar.

Rosberg bertindak memaksa Hamilton keluar litar tetapi pemandu Britain itu kembali bersaing sebelum kedua-duanya berlanggar sekali lagi ketika memecut untuk mencatat kemenangan.

Kereta Rosberg mengalami kerosakan di bahagian sayap.

Beliau akhirnya tercicir di tangga keempat dalam perlumbaan yang padat dengan insiden.

Sementara pemandu muda Belanda, Max Verstappen daripada pasukan Red Bull meraih podium kedua manakala pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen di tempat ketiga.


Keputusan Grand Prix Austria

1. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes 1 jam 27 minit 38.107 saat

2. Max Verstappen (Belanda) Red Bull - TAG Heuer +00:05.719

3. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari +00:06.024

4. Nico Rosberg (Jerman) Mercedes +00:16.710

5. Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull - TAG Heuer +00:30.981

6. Jenson Button (Britain) McLaren +00:37.706

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain