suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diplomasi Bola Sepak Argentina-Malaysia

Manuel Balaguer Salas.

KUALA LUMPUR: Argentina, salah sebuah negara bola sepak terbilang di dunia, mungkin akan melatih para pemain muda Malaysia tidak lama lagi tentang pelbagai teknik untuk menjadi pemain dan pasukan yang berjaya, kata Duta Besar Argentina ke Malaysia Manuel Balaguer Salas.

Salas, yang memulakan tugasnya di negara ini tiga bulan lepas, berkata antara visi utamanya ialah mengukuhkan lagi hubungan antara dua negara berkenaan bila kedua-dua negara itu menyambut ulang tahun ke-50 hubungan mereka tahun hadapan.

Bola sepak amat popular di Malaysia, minat rakyat sini sama seperti orang Argentina, saya bercadang menghantar beberapa pemain dari sini ke Argentina dan timbal balik untuk mereka jalani program latihan.

"Ini akan mendedah dan memajukan mereka di peringkat antarabangsa.

"Hal ini tidak saja terhad kepada pemain, tetapi juga kepada jurulatih dan staf pasukan," katanya.

Di bidang ekonomi, Salas berkata Buenos Aires berhasrat meningkatkan hubungan ekonomi dengan Kuala Lumpur termasuk dalam sektor makanan halal.

Salas kini bekerjasama rapat dengan Jakim dan Pusat Pembangunan Halal (HDC) bagi membolehkan pengimportan semula daging lembu terkenalnya ke Malaysia.

Import bahan itu terhenti sejak lima tahun lepas.

Berhubung peraturan halal yang kami hormati, saya ingin membawa semula daging dan ayam ke Malaysia, rumah sembelih memerlukan persekitaran yang 100% halal.

Satu cara menangani hal ini ialah dengan mendirikan rumah sembelih untuk industri halal.

"Rakyat Malaysia boleh melabur dan mendirikan rumah sembelih di Argentina bagi menampung keperluan pasaran di sini," kata Salas. - BERNAMA

bola sepak, Argentina, Malaysia

Artikel Lain