suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kian Meng-Pei Jing Tewas Di Final Terbuka Taiwan

Gandingan beregu negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing.

KUALA LUMPUR: Impian beregu campuran negara Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing untuk muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan Grand Prix Emas, tidak kesampaian apabila tewas di pusingan akhir pada Ahad.

Kian Meng dan Pei Jing terpaksa akur dengan ketangkasan beregu pilihan kelima kejohanan, Zheng Siwei-Chen Qingchen dari China.

Pasangan dari China itu hanya mengambil masa 35 minit untuk menundukkan beregu negara pada perlawanan yang berlangsung di Taipei Arena, Taiwan.

Menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF), China mendominasi kesemua aksi final pada Ahad.

Terdahulu beregu wanita China meraih kemenangan pertama menerusi Huang Dongping/Zhong Qianxin, yang menewaskan rakan sepasukan Luo Ying/Luo Yu dengan straight set 21-18 dan 21-16 untuk muncul juara.

Hadiah keseluruhan kejohanan itu berjumlah USD200,000 (RM798,300). - BERNAMA

beregu campuran, Terbuka Taiwan

Artikel Lain