suria

Ronaldo Tidak Sabar Tunjuk Taring Ketika Jumpa Croatia

Cristiano Ronaldo.

BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo bersedia untuk mencipta lebih banyak kejutan pada pusingan kalah mati Euro 2016 selepas menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam empat aksi final kejuaraan Eropah.

Pengurus Portugal, Fernando Santos berkata dua gol yang dijaringkan Ronaldo ketika bertemu Hungary meningkatkan tahap keyakinan penyerang Real Madrid itu.

Ronaldo hanya kurang satu gol dibelakang legenda Perancis, Michel Platini yang beraksi dalam sembilan pentas final kejuaraan itu.

Menurut Santos, walaupun pemain berusia 31 tahun itu dikritik kerana terlepas beberapa peluang dan gagal menyudahkan sepakan penalti ketika bertemu Austria, Ronaldo kini sudah bersedia untuk menunjukkan taringnya ketika bertemu Croatia.

"Kami berjaya melepasi halangan peringkat kumpulan dan akan bertemu pasukan hebat, peluang 50-50. Croatia pasukan yang mencabar, memiliki pemain hebat bukan setiap pasukan mampu menundukkan Sepanyol.

"Kami menghormati mereka (Sepanyol), tetapi kami tahu kekuatan pasukan dan akan lebih berwaspada ketika menentang mereka," kata Ronaldo.

Sementara itu, pemain Croatia, Vedran Corluka akan terus beraksi dengan memakai balutan 'bertuah' di kepalanya.

Bekas pemain Manchester City itu mengalami luka di kepala ketika menundukkan Turki dalam aksi pertama peringkat kumpulan.

Dia dilihat beraksi menggunakan balutan di kepalanya sejak itu kerana kecederaan itu masih belum sembuh sepenuhnya.

Artikel Lain