suria

Kesan Brexit Terhadap Acara Sukan Di UK

Bale kini berstatus bukan pemain EU di Real Madrid.

BRITAIN diundi untuk keluar (Brexit) dari Kesatuan Eropah (EU) menerusi jumlah pungutan suara pada Jumaat dan situasi itu berkemungkinan memberi implikasi kepada acara- acara sukan di negara tersebut.

Antara kesan Brexit kepada acara sukan di United Kingdom (UK) adalah seperti berikut:

BOLA SEPAK

Permit Kerja

Boleh memberi impak kepada prinsip kebebasan perpindahan yang sebelum ini membenarkan ahli sukan lelaki dan wanita dari EU yang bekerja di UK tanpa sebarang permit.

Malahan, kelab-kelab di Liga Perdana Inggeris bakal berdepan dengan nilai yuran perpindahan tinggi dan peraturan permit kerja.

Kementerian Dalam Negeri UK meletakkan kriteria tertentu untuk pemain-pemain EU yang memohon untuk beraksi di situ, antaranya pemain perlu mewakili pasukan kebangsaan lebih daripada dua tahun.

Bagaimanapun, ia melibatkan peratusan tertentu di mana piawaiannya bergantung kepada kedudukan negara dalam ranking Fifa dunia.

Antara pemain-pemain yang pasti terkena tempias ini termasuk penyerang Manchester United Anthony Martial, Dimitri Payet (West Ham) dan N’Golo Kante (Leicester City), kesemuanya berasal dari Perancis.

Pemain Perancis, Payet dan Martial.

Namun apa yang pasti, bintang-bintang Liga Perdana dari negara EU tidak akan dibuang berikutan keputusan Brexit ini.

Bagaimanapun, dalam tempoh jangka masa panjang sekiranya peraturan-peraturan baharu ini berkuatkuasa, kita akan lihat pemain seperti Payet, Kante dan Martial bakal berpindah ke tempat lain yang lebih bebas sekaligus menyaksikan status Liga Perdana sebagai salah sebuah liga terbaik di dunia bakal tergugat.

Apa yang pasti akan berlaku, UK bakal berdepan dengan rundingan rumit di peringkat kebangsaan, kerana pemain-pemain EU akan kekal dengan status bintang ‘pilihan’  dan sudah pasti negara-negara EU lebih mudah mendapatkan mereka berbanding dari luar negara EU.

Daniel Geey dari Firma Guaman Sheridans memberitahu: “Persoalannya ialah sama ada pemain-pemain Eropah akan berdepan dengan kesukaran menyertai kelab Liga Perdana kerana faktor permit, faktor kewangan atau semuanya menjadi lebih rumit.

“Ia mungkin akan membuatkan kelab-kelab di liga ini merujuk terlebih dahulu kenaikan harga pasaran UK atau hanya memilih pemain-pemain yang tidak memerlukan visa.

“Tetapi mungkin juga akan berlaku pengurangan harga pemain Eropah kerana ia melibatkan semua birokrasi.”

Pemain-Pemain Muda

Turut memberi kesan tambahan berikutan Brexit ini ialah kelab Liga Perdana akan berdepan dengan ‘bahaya’ ketiadaan pemain-pemain muda berbakat dari Eropah.

Artikel 19 Peraturan-Peraturan Fifa, Status dan Pemindahan Pemain menyebut permit perpindahan untuk pemain muda berusia di antara 16 dan 18 Tahun bagi EU dan EEA (Eropah Economic Area).

Hector Bellerin


Ini bermakna, akademi bola sepak seperti Chelsea dan Manchester City yang aktif menerima dan mengimport pemain-pemain muda dari kelab Eropah akan turut terjejas.

Sebagai contoh, salah seorang seorang pemain muda dari negara EU, Bector Bellerin yang menyertai Arsenal pada usia 16 tahun turut terjejas.

Malah jika Britain tidak pernah berada dalam EU dan peraturan ini digunakan, peminat-peminat bola sepak Inggeris tidak akan melihat Cristiano Ronaldo dan Thierry Henry beraksi di Liga Perdana dalam usia muda.



Yuran Perpindahan

Kejatuhan nilai mata wang pound berbanding Euro boleh memberi kesan kepada yuran perpindahan, sekurang-kurangnya untuk tempoh jangka pendek.

Kelab Liga Perdana kini berdepan dengan potensi jutaan kenaikan gaji apabila membeli pemain-pemain dari Eropah.

Bagaimanapun, Liga Inggeris ini perlu berterima kasih kepada perjanjian siaran televisyen yang menguntungkan dan kekal dengan kuasa pembeli.

Pada masa sama, sesetengah kelab akan berfikir dua kali jika kos menjadi penghalang untuk mendapatkan pemain-pemain elit.

Sebagai contoh, West Ham menawarkan 40 juta Euro (RM182 juta) kepada pemain Marseille Michy Batshuayi yang harganya sudah meningkat dari 31 juta pound (RM174 juta) kepada 34 juta pound (RM195 juta) sebelum kejatuhan nilai mata wang pound berbanding Euro.
Michy Batshuayi



Tambah Geey: “Liga Perdana sentiasa menjadi pengimport bersih. Ia bergantung keadaan semasa sama ada yuran perpindahan dibayar dengan matawang pound atau Euro.

“Begitu juga dengan gaji pemain-pemain Eropah yang mana mereka mungkin dibayar dalam matawang Euro sebagai jaminan dan selepas itu akan menukarnya  kepada pound”.

Selain itu, Pengerusi Persatuan Bola Sepak England (FA) Greg Dyke berkata, masih terlalu awal untuk mengetahui kesan daripada keluar EU ini.

“Ia mungkin mengambil masa dua tahun untuk mengetahuinya, namun Brexit boleh memberi impak kepada bola sepak Inggeris.

“Memalukan jika sesetengah pemain hebat Eropah tidak boleh datang ke sini tetapi saya tidak fikir ia akan berlaku.

“Manakala persoalan sama ada nilai pemain akan dikurangkan atau tidak, ia bergantung kepada syarat-syarat untuk keluar dari EU.

“Pada pandangan peribadi saya,  jumlah pemain Inggeris dalam skuad utama Liga Perdana semakin berkurangan dan kini hanya lebih kurang 30 peratus sahaja dan ia amat memalukan.

“Jika Brexit boleh meningkatkan jumlah pemain Inggeris, ia amat dialu-alukan. Tetapi pastinya kamu tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan pemain-pemain terbaik Eropah untuk dibawa ke sini”.


Kuota Pemain

Dengan keputusan Brexit ini, ia bakal memeningkan kepala sesetengah kelab di Sepanyol apabila peraturan  La Liga hanya membenarkan tiga pemain bukan dari EU beraksi dalam skuad mereka.

Real Madrid bakal berdepan dengan masalah itu apabila pemain Wales, Gareth Bale yang kini berstatuskan bukan pemain EU, James Rodriguez dari Colombia dan dua pemain Brazil, Danillo serta Casemiro.

Salah seorang daripada mereka perlu dikeluarkan dari kelab ini, dan dilaporkan sebuah kelab di Bernabeu bersedia untuk membuat tawaran kepada Bale.

Selain itu, Dan Lowen yang merupakan rakan kongsi di Firma Guaman Couchmans sebagai pakar undang-undang sukan, berkata: “Akan berlaku kesan besar yang luar biasa. Sebahagian syarat-syarat akan bergantung kepada perbincangan semula perhubungan dengan EU jika kami kekal dengan pasaran tunggal dan menerima kebebasan perpindahan, kedudukan tidak banyak berubah.

“Selain itu, jika tiada kebebasan perpindahan, ia akan diserahkan kepada kerajaan UK untuk menilai peraturan permit kerja yang perlu dikenakan kepada pemain-pemain EU.

“Ia peraturan sama yang ditetapkan EU kepada pemain-pemain di luar EU, jadi semua pemain seluruh dunia perlu memenuhi kriteria permit kerja ini.

“Atau menggunakan altenatif lain seperti mengurangkan yuran perpindahan serta pengecualian sebagai menghormati bakat pemain bola sepak terkemuka dari EU.

“Kelab-kelab pastinya akan mengambil kira objektif perpindahan sebaik sahaja keputusan polisi sebenar ditetapkan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.”


RAGBI DAN KRIKET

Perjanjian Kolpak


Selain bola sepak, keputusan Brexit turut menyaksikan penamatan Perjanjian Cotonou (Perjanjian di antara Kesatuan Eropah dan Afrika, Caribbean dan Negara-Negara Kumpulan Pasifik atau Negara ACP) dan Perjanjian Kolpak (Mahkamah Keadilan Eropah) pada tahun 2003 yang membenarkan pemain-pemain ACP menikmati hak sebagai pemain EU.
Tuilagi


Perjanjian ini membolehkan ramai pemain dari Afrika Selatan, Caribbean dan Kepulauan Pasifik datang ke UK bermain dalam liga tempatan.

Malah sebahagian daripada mereka turut bermain dalam pasukan kebangsaan England, seperti pemain kelahiran Afrika Selatan Kevin Pietersen dan Andrew Strauss dalam sukan kriket, manakala Tuilagi dari Samoa beraksi dalam sukan ragbi.
Sukan kriket.


Dengan ketiadaan perjanjian Kolpak di UK,  kelab atau pasukan bakal bedepan dengan kesukaran mengikat pemain-pemain malah berpotensi melihat kekurangan sifat semula yang ada dalam liga itu.

Perjanjian Kolpak dinamakan selepas bekas penjaga gol bola tampar Slovakia, Marek Kolpak yang memenangi kes terhadap Persekutuan Bola Tampar Jerman di Mahkamah Keadilan Eropah pada tahun 2003 yang membenarkan kebebasan  perpindahan.

Sehingga kini, lebih kurang 700 orang pemain kriket yang bermain di England dan Wales, bekerja di bawah perjanjian ini.

TENIS

Hadiah Wang Pemenang Wimbledon

Kejohanan Wimbledon yang bakal berlangsung minggu hadapan sudah pun merasai kesan nilai wang hadiah kepada pemain-pemain.

Ini kerana jumlah keseluruhan wang bernilai 28.1 juta pound diberikan dalam mata wang sterling yang sekali gus lebih rendah berbanding jumlah pemenang dari luar negara sekiranya nilai pound terus jatuh dalam mata wang asing.
Juara Wimbledon tahun lalu, Novak Djokovic dan Serena Williams


Juara pemain perseorangan lelaki dan wanita bakal menerima 2 juta pound tahun ini selepas dinaikkan sebanyak 6.4 peratus pada 2015.

Namun malang sekali kejatuhan nilai pound akan memberi kesan kepada jumlah hadiah tersebut.


GOLF

Piala Ryder Eropah

Piala Ryder telah melahirkan ramai pemain golf berbakat dari Kepulauan Britain, dan sudah pasti Brexit ini akan memberi implikasi kepada pasukan Piala Ryder Eropah  pada masa akan datang.

Piala Ryder  bakal berlangsung di Hazeltine, September ini dan pihak Jelajah Eropah menegaskan bahawa tidak akan berlaku sebarang perubahan tradisinya.

Jurucakap Jelajah Eropah berkata:”Antara kriteria bagi pemain Eropah dalam Piala Ryder ialah faktor geografi (contoh-seperti dari negara-negara  yang mewakili Benua Eropah), bukan faktor politik atau ekonomi (dari negara-negara EU). Jadi, keputusan pengutan suara di UK itu tidak menghalang syarat-syarat kelayakan menyertai Piala Ryder.

Pasukan Piala Ryder Eropah


“Kami menganggap warna biru dan keemasan yang ada di bendera setiap pasukan Piala Ryder Eropah sebagai wakil dari Benua Eropah dan ia adalah simbol perpaduan dan identiti Eropah, dan kami merancang untuk terus menggunakannya,” katanya.


Kesan Brexie, Britain, Kesatuan Eropah, EU

Artikel Lain