suria

Pendaftaran Sukarelawan Sukan Sea, Para Asean Masih Dibuka

Dari kiri: Nurul Neyyah Mukhzani,Akmal Mohamad dan Juliani Yusof tidak melepaskan peluang untuk mendaftar sebagai sukarelawan Sukan Sea baru-baru ini. Foto: AZLINA ABDULLAH/The Star

KUALA LUMPUR: Malaysia selaku tuan rumah penganjuran Sukan Sea ke-29 dan Para Asean Kesembilan tahun depan menerima lebih 50,000 pendaftaran sukarelawan sejak dilancarkan 15 November tahun lalu.

Sekretariat Sukan Sea ke-29 dan Para Asean ke-9 (MASOC) bagaimanapun hanya memerlukan 20,000 sukarelawan sahaja bagi penganjuran dua temasya tersebut yang turut dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017.

MASOC akan memaklumkan pemohon yang berjaya untuk menghadiri bengkellatihan sukarelawan pada September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MASOC Datuk Seri Zolkples Embong berkata orangramai yang berminat masih boleh mendaftar dan perlu mengisi borang permohonan sukarelawan yang lengkap di www.kualalumpur2017.com.my.  

"Kami merasa teruja apabila rakyat Malaysia memberi reaksi yang baik danmenyahut panggilan untuk tampil ke hadapan dalam menawarkan perkhidmatan mereka," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Zolkples berkata bakal sukarelawan perlu memenuhi keperluan MASOC, mempunyai minat serta kelapangan dalam menjalani kerja sukarelawan itu nanti.

Pelbagai bidang boleh dipilih oleh sukarelawan seperti pelaksana antugas am dan tugasan sebagai pegawai perhubungan mahupun membantu dalam majlis penyampaian hadiah. 

Sukarelawan juga diberi peluang untuk memilih bidang sukan yang diminati untuk menawarkan perkhidmatan mereka, namun keputusan muktamad terletak pada MASOC.-Bernama

Artikel Lain