suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Buru 73 Penyokong England

POLIS Perancis memburu seramai 73 penyokong England yang didakwa menimbulkan kekecohan dan merosakkan harta benda awam di Marseille pada perlawanan antara negara itu menentang Rusia baru-baru ini.

Berikutan itu lapor Daily Mirror, polis telah mengedar gambar 73 penyokong England yang dikehendaki dalam kekecohan sempena Euro itu.

Dalam pergaduhan antara penyokong dan orang awam itu, seramai 14 individu dimasukkan ke hospital akibat kecederaan serius.

Polis berkata, botol dan kerusi antara senjata yang digunakan penyokong Rusia dan England untuk bertempur sesama sendiri dan dengan Polis.

"Dua penyokong England masih berada di hospital akibat kecederaan serius. Mereka ialah Andrew Bache, 51, dari Portsmouth dan Stewart Gray, 47, dari Leicester.

"Gray telah sedar daripada koma, tapi masih perlukan rawatan lanjut. Dia telah dipukul dengan teruk dalam pergaduhan tersebut," katanya.

Pihak berkuasa England selain itu turut memberi amaran untuk menyekat penyokong yang terlibat dalam pergaduhan daripada memasuki stadium di negara berkenaan ketika saingan Liga Perdana Inggeris atau kejohanan lain.

England, Rusia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain