suria

"Jangan Balik Jika Kalah" - Maradona

Diego Maradona.

LEGENDA Argentina Diego Maradona memberi kata dua kepada skuad The Albiceleste bahawa mereka tidak boleh pulang ke kampung halaman  sekiranya tewas kepada Chile pada aksi final Copa America di New Jersey, Ahad ini.

Argentina mara ke pusingan final selepas menundukkan Amerika Syarikat 4-0 dengan Lionel Messi menjadi penjaring terbanyak untuk skuad tersebut.

Messi kini menjaringkan sebanyak 38 gol untuk Argentina manakala Maradona , 34 gol sepanjang kariernya.

Argentina kini dalam misi memburu kejuaraan Eropah pertama mereka sejak 1993, kali ini menentang pasukan sama yang menewaskan mereka menerusi sepakan penalti pada aksi final tahun lalu.

Pada pertembungan itu Argentina tewas 1-4 di tangan Chile.

Maradona yang mengetuai Argentina menjulang trofi Piala Dunia pada 1986 bagaimanapun percaya pasukan itu akan muncul juara kerana yakin dengan kekuatan pemain sedia ada.

"Sudah semestinya saya fikir kami akan menang. Namun jika anda tewas, jangan balik ke Argentina," katanya.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain