suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wenger Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Vardy

Vardy menolak tawaran Arsenal dan memilih kekal bersama Leicester.

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger mengucapkan selamat maju jaya kepada Jamie Vardy di Leicester City selepas penyerang England itu mengambil keputusan untuk terus kekal bersama juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu.

Vardy pada Khamis bersetuju menandatangani kontrak lanjutan selama empat tahun di Stadium King Power.

Keputusan itu menamatkan spekulasi mengenai perpindahannya ke Arsenal selepas The Gunners menyatakan kesediaan untuk memenuhi tuntutan klausa pelepasan pemain itu yang tercatat di dalam kontraknya awal bulan ini.

Wenger mengesahkan The Gunners berminat untuk mendapatkan khidmat Vardy tetapi mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain itu bersama Leicester pada musim baharu.

"Saya fikir Leicester sudah mengeluarkan kenyataan dan Vardy akan kekal. Kami hanya menyatakan minat terhadapnya tetapi tidak lebih daripada itu."Dia buat keputusan untuk kekal bersama Leicester dan selamat maju jaya kepadanya.

"Dia berusia 29 tahun dan memilih untuk kekal bersama Leicester. Anda perlu menghormati keputusannya itu," kata Wenger.

Arsenal, Jamie Vardy, Leicester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain