suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Watson Si Singa Laut Ramal Perancis Juara Euro 2016

PERANCIS: Mengikuti contoh yang ditunjukkan Paul si sotong kurita, kini Watson si singa laut berharap hidungnya mampu membawa tuah dan kemasyhuran antarabangsa selepas meramalkan Perancis bakal memenangi Euro 2016.

Dengan berat 350 kg, mamalia pertengahan umur yang tinggal di sebuah zoo di bandar Amneville sebelum ini meramal dengan tepat laluan Perancis ke suku akhir Piala Dunia 2014.

Watson memberi isyarat pilihannya dengan mengambil salah satu daripada tiga kotak ais yang mengandungi bendera pasukan lawan.

Penjaga Zoo, Pablo Joury berharap Watson akan menjadi pengganti yang layak kepada Paul si sotong Jerman yang meramal dengan tepat kemenangan Jerman pada Piala Dunia 2010 dan menjadi 'selebriti' terkenal sebelum mati beberapa bulan kemudian.

Untuk perlawanan pembukaan antara Perancis dan Romania, Watson memilih negara asalnya untuk menang.

Ramalan itu tepat apabila Romania tewas 1-2 kepada Perancis menerusi perlawanan pada Jumaat.

Kejohanan ini akan berlangsung dari 10 Jun hingga 10 Julai. -Reuters

Watson Singa Laut, Euro 2016

Artikel Lain