suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cabaran Malaysia Di Kejohanan Skuasy Klasik New Zealand Berakhir

KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia di Kejohanan Antarabangsa Skuasy Klasik New Zealand berakhir apabila pemain negara, Ivan Yuen  yang masih tinggal untuk meneruskan perjuangan di kejohanan itu tersingkir di peringkat separuh akhir di Squash Gym, Palmerston North, New Zealand pada Sabtu.

Pemain pilihan ketiga berusia 25 tahun itu tidak memberi laluan mudah kepada pemain pilihan teratas, Paul Coll dari New Zealand sebelum tewas 11-9, 5-11, 11-7, 5-11 dan 9-11, menurut laman sesawang skuasy, www.squashsite.co.uk.

Dengan kemenangannya itu, Coll bakal bertemu, Rex Hedrick dalam perlawanan akhir esok selepas pemain Australia itu menewaskan pemain pilihan keenam dari England, Josh Masters, 11-9, 10-12, 11-7, 4-11 dan 14-12 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Ivan Yuen

Artikel Lain