suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Australia: Cabaran Malaysia Berakhir Di Separuh Akhir

Rentak Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying berakhir pada aksi separuh akhir Terbuka Australia.

KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia pada Kejohanan Terbuka Australia berakhir selepas pasangan beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying tewas di separuh akhir pada kejohanan yang berlangsung di Sydney Olympic Park, Australia hari ini.   

Pasangan negara tewas kepada beregu dari China, Lu Kai dan Huang Yaqiong dengan straight set 15-21 dan 12-21 pada perlawanan yang disiarkan secara langsung.

Beberapa kesilapan yang dilakukan oleh Peng Soon/Liu Ying memberi mata kepada pasangan lawan yang kini menduduki ranking ke-10 dunia.

Dalam ketiga-tiga pertarungan, Peng Soon dan Liu Ying masih gagal untuk mengatasi lawan mereka, temasuk pada Terbuka Perancis dan Terbuka Korea tahun lepas. -Bernama

Terbuka Australia, Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain