suria

Tuan Rumah Perancis Bertemu Romania Aksi Pembukaan

PASUKAN tuan rumah Euro 2016, Perancis bakal bertemu Romania pada aksi pembukaan bagi saingan Kumpulan A di Stade de France, Paris awal pagi Sabtu ini.

Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps telah mengumumkan senarai rasmi pemain-pemainnya pada 31 Mei lalu dengan menyaksikan sepuluh daripada 23 pemain yang dipilih merupakan bintang Liga Perdana Inggeris.

Antaranya Hugo Lloris (Tottenham), Laurent Koscielny (Arsenal), Eliaquim Mangala (Manchester City), Bacary Sagna (Manchester City), Yohan Cabaye (Crystal Palace), N'Golo Kante (Leicester), Moussa Sissoko (Newcastle), Olivier Giroud (Arsenal) and Anthony Martial (Manchester United).

Deschamps bersama penjaga gol Perancos, Lloris.

Selain itu, pemain pertahanan Real Madrid, Raphael Varane dan bintang Barcelona, Jaremy Mathieu tersingkir kerana kecederaan.

Mereka digantikan dengan pemain Sevilla Adil Rami dan Samuel Umtiti (Lyon).Belum pun aksi bermula, kem pasukan Les Bleus ini dikhabarkan dengan kontroversi selepas Deschamps tidak menyenaraikan bintang Real Madrid, Karim Benzema dan salah seorang penjaring terbanyak Liga Perancis musim ini Hatem Ben Arfa.

Pun begitu, Perancis dilihat menjadi salah satu pasukan pilihan musim selepas dengan kekuatan barisan pemain yang dipilih Deschamps sekaligus cuba mengulangi kejayaan yang dicatat pada tahun 1984 dan 2000.

Senarai pemain:


Penjaga gol: Benoit Costil (Rennes), Hugo Lloris (Tottenham), Steve Mandanda (Marseille).

Pertahanan: Lucas Digne (Roma), Patrice Evra (Juventus), Christophe Jallet (Lyon), Laurent Koscielny (Arsenal), Eliaquim Mangala (Manchester City), Samuel Umtiti (Lyon), Bacary Sagna (Manchester City), Adil Rami (Sevilla).

Pemain tengah: Yohan Cabaye (Crystal Palace), Morgan Scheiderlin (Manchester United), N'Golo Kante (Leicester), Blaise Matuidi (Paris Saint-Germain), Paul Pogba (Juventus), Moussa Sissoko (Newcastle).

Penyerang: Kingsley Coman (Bayern Munich), Andre-Pierre Gignac (Tigres), Olivier Giroud (Arsenal), Antoine Griezmann (Atletico Madrid), Anthony Martial (Manchester United), Dimitri Payet (West Ham). 
Euro2016, Perancis

Artikel Lain