suria

Tiada Perbincangan Antara Pellegrini Dan Milan - Ejen

Manuel Pellegrini.

JESUS Martinez, ejen kepada Manuel Pellegrini menafikan bahawa bekas pengurus Manchester City itu menerima tawaran untuk mengemudi AC Milan.

Timbul dakwaan di Chile bahawa Pellegrini menjadi pilihan utama untuk mengemudi Milan sekiranya kelab Itali itu dijual kepada pelabur dari China.

"Berhubung dengan Milan? Itu hanyalah spekulasi semata-mata.

"Tidak ada kebenaran mengenainya. Tiada sebarang perbincangan antara The Rossoneri dan Pellegrini, saya boleh beri jaminan mengenai perkara itu.

"Saya ulang dia (Pellegrini) sedang mengintai projek baharu di mana dia boleh bekerja dengan selesa tanpa sebarang tekanan. Saya ulang dia tidak pernah berhubung dengan Milan," kata Martinez.

Pellegrini berkata beliau mungkin bersara lebih awal jika tidak menerima sebarang tawaran menerima daripada mana-mana kelab.

Namun, Martinez meragui kenyataan tersebut.

"Saya percaya kita akan melihat dia berada di tempat duduk semula. Mungkin di Itali? Saya tidak tahu, saya tidak boleh kata apa-apa kerana tiada sebarang kertas cadangan dari Itali.

"Sepanjang tempoh minggu depan, segalanya akan menjadi lebih jelas," katanya.

AC Milan, Manuel Pellegrini

Artikel Berikut

Keputusan Copa Amerika

Artikel Lain