suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penuhi fantasi peminat di seluruh dunia, ramai teruja One Piece Odyssey akhirnya dilancarkan

Permainan ini tersedia untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Windows dan Xbox Series X/S.

SIRI manga popular One Piece yang diperkenalkan pada 1997 berjaya mengumpul jutaan peminat di seluruh dunia.

Terbaharu, permainan video One Piece Odyssey yang diinspirasikan daripada siri manga itu dilancarkan pada 13 Januari lalu.

Game genre RPG itu dilancarkan bagi memenuhi fantasi peminatnya sejak sekian lama, di samping meraikan ulang tahun ke-25 francais One Piece.

Ia sepatutnya dilancarkan pada tahun lalu, namun ditunda demi menghasilkan versi terbaik buat peminat mereka.

One Piece Odyssey mempunyai sembilan bab, membolehkan pemain menjejaki jarak mereka dengan penghujung permainan.

onepicen3

Permainan itu dibangunkan oleh ILCA dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment.

Berikut merupakan sembilan bab dalam permainan itu:

1. Island of Storms

2. Memories of the Desert Kingdom, Alabasta

3. The Wind Colossus and Dust Ruins

4. Exploring Water Seven, City on the Sea

5. Water Colossus and Ice Block Ruins

6. Paramount War: Battle of Marineford

7. Assemble! Straw Hat Pirates

8. Kingdom in Conflict: Battle of Dressrosa

9. What Those Hands Can Grasp

onepiece2

One Piece Odyssey dilancarkan pada 13 Januari lalu.

Pemain akan diberikan trofi gangsa pada profil PSN mereka sejurus menamatkan setiap lapan bab pertama.

Kejayaan melengkapkan bab terakhir pula membolehkan pemain menerima torif perak.

One Piece Odyssey dibangunkan oleh ILCA dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment.

Setakat ini, ia hanya tersedia untuk dimainkan menerusi PlayStation 4, PlayStation 5, Windows dan Xbox Series X/S. - Game Rant.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain