suria

Peminat dah tak sabar! Ini 4 permainan video paling ditunggu-tunggu sepanjang 2023

Dead Space Remake merupakan antara permainan video yang ditunggu-tunggu pada tahun 2023.

TAHUN 2023 menjanjikan keseronokan luar biasa buat peminat permainan video di seluruh dunia.

Pelancaran beberapa permainan video baharu pastinya akan memeriahkan lagi industri sukan elektronik (eSport) yang semakin berkembang.

Berikut kami kongsikan empat permainan video yang paling dinanti-nanti untuk tahun 2023:

1. Dead Space Remake (27 Januari)

Permainan video Dead Space 3 dikeluarkan pada tahun 2013, menjadikan Dead Space Remake yang akan datang sebagai francais terbaharu dalam tempoh sedekad.

Dead Space akan dilancarkan pada 27 Januari depan, tersedia untuk PC, PS5 dan Xbox Series X/S.

2. Hogwarts Legacy (10 Februari)

Biarpun penulis siri buku Harry Potter iaitu J.K. Rowling diselubungi dengan pelbagai kontroversi, ramai peminat tetap setia menanti pelancaran permainan video Hogwarts Legacy.

Ia bakal dilancarkan pada 10 Februari, untuk PC, PS5 dan Xbox Series X/S, dengan versi PS4 dan Xbox One akan datang pada 4 April dan versi Switch dilancarkan pada 25 Julai.

viudeo2

Like a Dragon: Ishin akan dikeluarkan pada 21 Februari 2023.

3. Like a Dragon: Ishin (21 Februari)

Permainan ini pernah diterbitkan semula pada Februari 2014, tetapi hanya untuk pasaran Jepun.

Peminat di seluruh dunia pastinya tidak sabar untuk mencuba sendiri permainan ini apabila ia dilancarkan tidak lama lagi.

Like a Dragon: Ishin akan dikeluarkan pada 21 Februari 2023, untuk PC, PS5, PS4, Xbox One dan Xbox Series X/S.

4. Dead Island 2 (28 April)

Permainan video Dead Island 2 asalnya dijadualkan pada 3 Februari. Namun, ia ditunda kepada 28 April depan.

Pemain boleh mencuba karakter pembunuh dengan kebolehan unik, selain beberapa watak Dead Island 2 yang boleh dimainkan, seperti Jacob, Amy, Ryan, dan Dani.

Dead Island 2 dikeluarkan pada 28 April 2023, pada PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X/S. - Gamerant.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain