suria

Suasana berbeza, semangat tetap sama! PUBG Mobile versi 2.2 perkenal peta baharu untuk pemain

PUBG versi baharu PUBG boleh dimuat turun menerusi peranti Android dan iOS.

PERMAINAN video popular PlayerUnknown's Battlegrounds atau PUBG sekali lagi tampil dengan kejutan buat para pemainnya di seluruh dunia.

PUBG Mobile versi 2.2 baru sahaja dilancarkan yang mana ia menampilkan banyak ciri terkini termasuklah senjata dan peta serba baharu.

PUBG Mobile versi 2.2 menawarkan mod permainan baharu, perubahan visual kepada persekitaran dan lokasi yang dikemas kini kepada peta Erangel sedia ada.

Peta baharu itu dipanggil Nusa dan ia merupakan sebuah pulau syurga tropika yang kedengaran sama seperti peta Call of Duty: Warzone's Caldera yang diperkenalkan awal tahun ini.

Versi baharu dengan peta Nusa itu boleh dimuat turun menerusi peranti Android dan iOS.

ARTIKEL BERKAITAN: Pokémon Scarlet dan Violet temui peminat 18 November depan

Peta itu juga menambah ciri Super Recall yang membolehkan pemain masuk semula selepas disingkirkan pada awal permainan selagi mereka mempunyai rakan sepasukan yang masih hidup.

Pemain solo pula akan muncul semula secara automatik dan bagi Erangel, anda akan menemui tempat tambahan dan perubahan visual pada beberapa perkara di kawasan sekitar.

Mod yang dipanggil Gear Front akan tersedia dalam semua peta, menawarkan pilihan traversal dan bekalan baharu.

Mod bertema itu menawarkan pertempuran pantas, lebih banyak pertemuan dengan musuh, kemahiran baharu dan pelayaran peta yang lebih pantas. - GSM Arena.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain