suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aaron-Wooi Yik muncul juara Masters Korea, benam beregu tuan rumah

Aaron Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik ketika perlawanan menentang beregu dari Korea Selatan.

BEREGU lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul juara selepas menundukkan pasangan tuan rumah Kejohanan Badminton Korea Masters 2024, Jin Yong-Kim Won Ho di pentas final yang berlangsung di Gimnasium Iksan, pada Ahad.

Aaron-Wooi Yik menerima tentangan sengit dari lawan mereka sebelum mengesahkan kemenangan dalam pertarungan tiga set, 21-23, 21-19, 21-14 dalam masa 66 minit.

Selaku juara, Aaron-Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai AS$15,750 (RM69,014) berserta pingat, manakala Jin Yong-Won Ho berpuas hati dengan AS$7,980 (RM34,967) dan pingat sebagai pemenang tempat kedua.

Walaupun hanya menang pada Super 300 namun itu tetap bermakna untuk meraih kejuaraan sulung tahun ini dan meningkatkan keyakinan terutama bagi Wooi Yik yang kembali dari kecederaan retak jari kaki ketika beraksi di separuh akhir Olimpik Paris 2024.

Kemenangan itu juga memberi sinar dan suntikan semangat buat Aaron-Wooi Yik dalam usaha cuba layak beraksi di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, bulan depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain