suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kantoi langgan pelacur, sanggup bayar mahal... Kontrak iklan atlet popular ditamatkan

Kontrak iklan atlet itu turut ditamatkan selepas skandal berkenaan terbongkar. -Foto AFP

LEGENDA bola keranjang China, Yi Jianlian kembali menjadi bualan selepas namanya terpalit dengan dakwaan skandal seks.

Lebih mengejutkan, bekas pemain NBA berusia 36 tahun itu didakwa sanggup membayar sejumlah wang untuk mendapatkan khidmat pelacur.

Perkara itu terbongkar selepas perbualan WeChat, didakwa antara Jianlian dan pelacur itu tersebar pada 17 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara skandal seks, PSG pecat Jese Rodriguez

Menurut wanita itu, dia juga mempunyai gambar bogel serta salinan kad pengenalan Jianlian.

Jianlian didakwa mendapatkan perkhidmatan pengiring itu di sebuah hotel di China.

Ekoran skandal tersebut, Jianlian turut kehilangan kontrak iklan dengan beberapa jenama terkenal. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain