suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rafael Nadal umum persaraan, gantung raket selepas Piala Davis

Rafael Nadal bakal bersara selepas Piala Davis. -Foto AP

BINTANG tenis Rafael Nadal mengejutkan peminat dengan pengumuman persaraannya pada Khamis.

Nadal, 38, yang memenangi 22 gelaran perseorangan Grand Slam, akan mewakili Sepanyol dalam penampilan terakhirnya di Piala Davis bulan depan di Malaga.

"Saya di sini untuk memberitahu anda bahawa saya akan bersara daripada sukan tenis profesional.

ARTIKEL BERKAITAN: Rafael Nadal Tarik Diri Pertahan Gelaran Terbuka AS

"Realitinya, beberapa tahun ini amat sukar, terutamanya dua tahun kebelakangan ini," ujarnya dalam satu mesej video menerusi akaun media sosialnya.

Nadal bakal bersara sebagai pemain perseorangan lelaki yang kedua paling berjaya sepanjang zaman, di belakang pesaingnya, Novak Djokovic.

Untuk rekod, Nadal memenangi gelaran perseorangan Terbuka Perancis sebanyak 14 kali, mencatatkan 112 kemenangan daripada 116 perlawanan utama di Roland Garros.

Nadal juga merupakan juara Terbuka AS empat kali dan memenangi kejohanan Terbuka Australia dan Wimbledon sebanyak dua kali.

Dia juga meraih pingat emas perseorangan dan beregu di Sukan Olimpik serta membantu Sepanyol meraih empat gelaran Piala Davis, yang terakhir pada tahun 2019. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain