suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita dakwa dirogol selepas ikut pemain bola balik ke hotel

Seorang bekas pemain bola ditahan atas dakwaan merogol seorang kenalan wanita. -Gambar hiasan

SEORANG bekas pemain bola ditahan atas dakwaan merogol seorang wanita di sebuah hotel.

Menurut mangsa, dia dirogol oleh bekas pemain Liga Perdana itu di sebuah hotel di West End, London.

Mangsa membuat laporan polis pada pagi Rabu sebelum suspek yang berusia 24 tahun ditahan pada hari sama.

Menurut The Sun, pasangan itu pulang ke hotel selepas mereka keluar untuk minum bersama.

Namun, mangsa mendakwa dia diserang dan dirogol oleh suspek sejurus tiba di hotel.

ARTIKEL BERKAITAN: Disyaki rogol remaja, pemain bola sepak ditahan

Pemain bola sepak itu dibawa ke balai polis Charing Cross sebelum dia disoal siasat sambil ditemani peguamnya.

Jurucakap Polis Metropolitan turut mengesahkan penahanan pemain bola sepak itu.

Suspek menafikan dakwaan berkenaan, malah dia juga sudah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan dilengkapkan. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain