suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang MMA Scotland digelar 'Braveheart', sanggup bertarung ketika anak jalani pembedahan otak

Bintang MMA Scotland bertarung ketika anak menjalani pembedahan otak.

BUKAN sekadar bertarung di dalam gelanggang, bintang MMA Scotland Stevie Ray turut berjuang dengan psikologi mentalnya ketika berdepan Clay Collard di PFL 6 pada Jumaat, berikutan anak perempuannya menjalani pembedahan otak.

Perlawanan yang berlangsung itu pula menjanjikan sejumlah RM4,637,647 (£780,000) kepada pemenang.

Tidak hairanlah mereka menggelarnya 'Braveheart'.

Beberapa tahun yang lalu, anaknya bernama Myla didiagnosis dengan epilepsi lobus hadapan dan displasia kortikal pada usia 7 tahun dan pada Oktober 2022 dia dan isterinya Natalie dimaklumkan tentang pembedahan otak.

"Kami buntu. Sesuatu telah muncul dalam imbasan MRInya... jadi doktor terpaksa memotongnya.

"Sawan pertamanya berlaku pada 2019. Ia berlarutan selama dua jam sehingga kekurangan oksigen dan koma selama 24 jam," kata Ray bercakap secara eksklusif kepada Daily Star Sport.

Berita yang menyayat hati itu datang pada masa yang mengerikan dengan Ray hanya beberapa minggu sahaja daripada pertarungan terbesar dalam kerjayanya iaitu Perlawanan Akhir Kejohanan Ringan PFL.

Pemenang akan diberikan $1 juta (£780,000) yang mengubah hidup tetapi Ray tersingkir pada pusingan kedua dan pulang dengan sebahagian kecil daripada yuran pemenang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain