suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Luis Suarez pertimbang bersara awal, ramai penyokong patah hati

Luis Suarez mengalami kecederaan di bahagian lutut.

LUIS Suarez mungkin menamatkan karier bermainnya lebih awal disebabkan kecederaan yang dialaminya.

Keadaan itu sekali gus menimbulkan kesedihan dalam kalangan penyokong kepada penyerang berusia 36 tahun itu.

Bekas jaguh Liverpool dan Barcelona itu, meninggalkan Atletico Madrid pada Januari lalu untuk kelab Brazil, Gremio dan telah menjaringkan tujuh gol dalam 16 perlawanan liga.

Bagaimanapun, dilaporkan kerana sakit lutut yang berterusan, Suarez bersedia untuk menamatkan kerjayanya.

Wartawan Brazil, German Garcia Grova melaporkan: "Luis Suárez memberitahu lembaga pengarah Gremio bahawa dia akan bersara daripada bola sepak. Ia disebabkan oleh kesakitan yang teruk di bahagian lutut."

Tambahnya, Gremio akan mengambil langkah pelik dengan memasukkan klausa 'anti-Inter Miami' ke dalam mana-mana perjanjian pemisahan.

Terdahulu, Suarez dikaitkan dengan pasukan MLS, yang dimiliki bersama oleh David Beckham.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain