suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

McGregor nafi dakwaan rogol di final NBA

Conor McGregor menafikan dakwaan rogol. -Gambar AP

PEMAIN bola keranjang, Conor McGregor menafikan dakwaan dia merogol seorang wanita ketika pusingan akhir kejohanan Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA).

Bintang UFC itu dituduh menyerang seorang wanita pada perlawanan antara Denver Nuggets dan Miami Heat di Florida, Amerika Syarikat.

Insiden yang didakwa berlaku pada 9 Jun lalu, malam yang sama di mana pemain warga reland itu menjadi tular untuk aksi publisiti di mana dia menumbuk maskot Heat.

Menurut surat yang dihantar oleh peguam yang diperoleh TMZ, McGregor didakwa melakukan serangan itu.

Bercakap kepada Daily Star Sport, wakil McGregor berkata, dakwaan tersebut adalah palsu.

"McGregor tidak akan gentar," katanya.

Bagaimanapun, tiada penahanan McGregor susulan dakwaan tersebut.

Peguam dilaporkan mendakwa wanita berkenaan sedang mencari penyelesaian dengan NBA, Heat dan McGregor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain