suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Setiap pasangan bertengkar, yang ditulis adalah pembohongan...” - Ibu pula buka mulut gosip hubungan Ronaldo, Georgina

Delores (gambar kecil) menyangkal gosip mengenai Ronaldo dan Georgina.

DELORES Aveiro tampil menyangkal dakwaan bahawa hubungan anaknya, Cristiano Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodriguez kini di ambang keretakan.

"Ini semua pembohongan. Setiap pasangan bertengkar, tetapi apa yang ditulis adalah pembohongan," katanya ketika ditanya mengenai perkara tersebut.

Gosip mengenai Ronaldo, 38, dan Georgina, 29, hangat diperkatakan sejak bulan lalu apabila pemenang lima kali Ballon d'Or itu didakwa 'semakin muak' dengan hubungan cintanya, menurut laporan sensasi dari Sepanyol dan Portugal.

Bagaimanapun, baik Georgina mahupun Ronaldo, kedua-duanya turut menyangkal gosip tersebut.

"Orang yang cemburu mencipta khabar angin, orang yang bergosip menyebarkannya dan yang bodoh mempercayainya," tulis Georgina di laman sosialnya.

Sementara itu, Ronaldo pula memuat naik gambar di Instagramnya menunjukkan dia dan Georgina berciuman ketika sedang menikmati hidangan.

Gambar itu disertai dengan kapsyen 'Cheers to love'. - Thesun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain