suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gerun! Penyokong Arsenal agresif, takutkan kanak-kanak

Lelaki terbabit terpaksa dibawa keluar oleh penyokong Newcastle.

SEORANG penyokong Arsenal yang berkelakuan 'agresif' telah dikeluarkan secara paksa oleh peminat Newcastle semasa pertembungan di St James' Park, berikutan mengakibatkan kanak-kanak ketakutan.

Berlaku di ruangan keluarga, tindakannya itu dirakam oleh salah seorang wanita yang hadir bersama anak-anaknya di ruangan penonton sebelum dikongsikan di Twitter berikutan kekalahan 2-0.

"Bertahun saya tonton perlawanan di sini tetapi tidak pernah melihat perkara seperti itu," katanya.

Susulan penularan tersebut, terdapat warga maya yang menyatakan lelaki terbabit membaling botol.

Namun perkara itu dinafikannya 'saya tidak nampak dia membaling botol tetapi sangat agresif dengan orang sekeliling'.

Tambahnya, badan pengurusan juga lambat bertindak sehingga menyebabkan beberapa penyokong Newcastle tampil untuk membawa lelaki terbabit keluar. - chroniclelive

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Newcastle, Arsenal, penyokong agresif,

Artikel Lain