suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain bola sepak terkaya mampu beli Manchester United, harga 2 kali ganda!

Faiq Bolkiah dikatakan mampu membeli Manchester United. foto Chelsea FC/Getty Images

BEKAS pemain Chelsea merupakan antara beberapa individu terpilih yang boleh membeli Manchester United daripada pemilik keluarga Glazer.

Faiq Bolkiah, 24, sebenarnya adalah pemain bola sepak terkaya di dunia.

Sebagai anak saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Faiq dilaporkan mempunyai nilai kekayaan bersih kira-kira AS$20 bilion (RM94.4 bilion).

Jumlah tersebut adalah dua kali ganda daripada nilai yang keluarga Glazer mahu untuk menjual Manchester United.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamilton beri bayangan terbuka ambil alih Man United

Terdahulu, Daily Star Sport secara eksklusif mendedahkan bahawa harga yang ditetapkan mereka pada minggu lalu sebanyak AS$10 bilion (RM47.2 bilion).

Terdapat hanya sebilangan kecil di seluruh dunia yang mampu untuk mendapatkan jumlah itu, dan Faiq merupakan salah seorang daripada mereka.

Di sebalik kekayaan mega keluarganya, Faiq meneruskan kerjaya di padang dan berpengalaman bukan sahaja bersama Chelsea, tetapi juga pasukan seperti Arsenal dan Leicester.

Faiq kini meneruskan kerjaya bola sepaknya di Thailand. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain