suria

Rangkul Ballon d'Or 2022, Benzema ulangi ikrar mahu bersara di Real Madrid... akan umum bila tiba masanya

Benzema diumumkan sebagai pemenang Ballon d'Or 2022. - Foto: Getty Images

KARIM Benzema berikrar untuk menamatkan kariernya di Real Madrid selepas memenangi anugerah Ballon d'Or 2022.

Penyerang itu diiktiraf atas usahanya membantu Real memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara, dengan pemain Perancis itu menjaringkan 44 gol musim lalu.

Pada usia 34 tahun, Benzema adalah pemenang anugerah Ballon d'Or yang paling tua dalam tempoh 66 tahun dan dia tidak bercadang untuk menggantung butnya dalam masa terdekat.

Penyerang itu berkata dia gembira di Real Madrid dan apabila tiba masanya, dia akan memutuskan untuk bersara berbanding menyertai kelab lain.

Benzema berkata: "Saya akan bersara di Real Madrid. Tiada pilihan lain untuk saya.

"Saya mempunyai kontrak dengan Real Madrid. Saya gembira ketika ini. Selepas itu? Saya tidak tahu, kerana saya berfikir dari tahun ke tahun.

"Jika saya rasa gembira, saya akan teruskan dalam bola sepak, dan jika, kita akan lihat nanti. Tetapi sekarang saya mempunyai kontrak dua tahun dengan Real Madrid," ujarnya. - Thesun.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain