suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak saudara Michael Schumacher terlibat kemalangan ngeri, alami patah tulang belakang

David terlibat dalam kemalangan ngeri pada perlumbaan DTM (Deutsche Tourenwagen Masters) di Hockenheim, Jerman kelmarin.

BEKAS pelumba Formula Satu (F1), Ralf Schumacher mendedahkan anaknya, David Schumacher, didiagnosis patah tulang belakang selepas terlibat dalam kemalangan ngeri pada perlumbaan DTM (Deutsche Tourenwagen Masters) di Hockenheim, Jerman kelmarin.

David, 20, yang juga anak saudara kepada legenda F1 Michael Schumacher, terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga pemandu dengan menyaksikan enjin kereta tercabut dan berlaku kebakaran.

Pada awalnya, tiada kecederaan serius dilaporkan sejurus insiden tersebut.

Bagaimanapun, David mengadu rasa tidak selesa selepas kemalangan tragis tersebut dan pemeriksaan yang dilakukan mendapati dia mengalami patah tulang belakang.

"Apabila David pulang ke rumah, dia masih mengadu sakit belakang," kata Ralf kepada agensi berita Jerman.

"Kami kemudian memutuskan untuk pergi ke hospital di Salzburg untuk menjalani MRI. Ternyata tulang belakangnya telah patah.

"Menurut doktor yang merawat David, dia perlu berehat sekitar enam minggu," katanya lagi. - 7news.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain