suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Legenda NBA Wilt Chamberlain insaf, sedar diri selepas tiduri 20,000 wanita

Wilt Chamberlain dikatakan juga 'memecah rekod' meniduri ramai wanita. foto Getty Images

LEGENDA bola keranjang Persatuan Bola Keranjang Nasional (NBA), mendiang Wilt Chamberlain membuat pendedahan pernah meniduri seramai 20,000 wanita sepanjang hayatnya.

Chamberlain dikenali sebagai salah seorang pemain bola keranjang terbaik sepanjang masa dalam kerjaya yang menjangkau 14 tahun.

Berketinggian 7 kaki 1 inci itu, beliau memecahkan beberapa rekod semasa berada di gelanggang, terutama menjaringkan 100 mata dalam satu perlawanan.

Bintang sukan yang meninggal dunia 23 tahun lalu, juga dikatakan 'memecah rekod' di bilik tidur.

Beliau membuat dakwaan itu menerusi buku mengenainya yang diterbitkan pada 1991.

Walaupun berseronok dengan aktiviti seksualnya, Chamberlain menyedari bahawa melakukan hubungan intim bersama seorang wanita secara konsisten lebih ideal.

"Meniduri seribu wanita yang berbeza adalah cukup hebat. Saya telah belajar sesuatu dalam hidup saya.

"(Tapi) saya mendapati bahawa meniduri seorang wanita seribu masa yang berbeza adalah lebih memuaskan," katanya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain