suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mbappe atasi Messi, Ronaldo sebagai pemain bola sepak terkaya dalam senarai Forbes

Mbappe mengungguli senarai Forbes untuk pemain bola sepak berpendapatan tertinggi. Foto: Getty Images

KYLIAN Mbappe mendahului senarai Forbes untuk pemain bola sepak berpendapatan tertinggi, sekaligus menjadi individu pertama di tangga teratas selain Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo, dalam tempoh sembilan tahun.

Forbes menganggarkan penyerang Paris St-Germain (PSG) berusia 23 tahun itu akan memperoleh $128 juta (RM593.6 juta) musim ini.

Rakan sepasukan Mbappe di PSG, Messi berada di tempat kedua dengan jumlah pendapatan sebanyak $120 juta (RM556.5 juta) dan penyerang Manchester United, Ronaldo di tangga ketiga dengan $100 juta (RM463.75 juta).

Neymar dan Mohamed Salah mengisi kedudukan lima teratas dalam senarai tersebut.

Neymar yang merupakan penyerang PSG dan Brazil, dijangka memperoleh anggaran $87 juta (RM403.4 juta) manakala penyerang Liverpool, Salah pula dengan $53 juta (RM245.8 juta). - BBC.Com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain