suria

Terlibat dengan gengster, peras ugut adik sendiri... abang Paul Pogba ditahan polis

Mathias (kiri) ditahan kerana memeras ugut Paul (kanan) bersama empat yang lain. Foto: Getty Images

ABANG kepada Paul Pogba, Mathias, ditahan pada Rabu kerana disyaki menyertai plot pemerasan terhadap adiknya sendiri yang juga bekas pemain tengah Manchester United.

Mathias Pogba, bersama empat yang lain, telah ditahan di Paris selepas dipanggil untuk disoal siasat atas dakwaan cuba memeras ugut £11.2 juta (RM58.53 juta) daripada Paul.

Sumber siasatan telah mendedahkan bahawa Paul, yang kini bermain untuk Juventus, menyerahkan £85,000 (RM444,168) selepas diacukan senjata di sebuah flat di Roissy-en-Brie, di pinggir timur Paris, pada Mac.

Paul mendakwa bahawa dia diperintahkan untuk membayar 'wang perlindungan' bernilai £860,000 (RM4,493,943) setahun sejak berusia 16 tahun ketika dia mula-mula menjadi pemain bola sepak profesional.

Pemain antarabangsa Perancis berusia 29 tahun itu kemudian memfailkan aduan jenayah selepas kumpulan berkenaan terus mendesak untuk mendapatkan lebih banyak wang.

Awal bulan ini, pendakwa raya Perancis membuka siasatan kehakiman berikutan dakwaan Pogba.

Terdahulu pada Ogos, Paul membuat laporan polis selepas dia diperas ugut sekumpulan gangster dan paling mengejutkan dalam laporan polisnya, Paul menamakan abangnya Mathias Pogba sebagai antara yang terlibat dengan kumpulan lelaki bersenjata yang memeras ugutnya. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain