suria

Sukan Komanwel: Bonnie raih emas buat Malaysia

Bonnie (tengah) bersama pemenang pingat Perak, Mark Swan (kiri) dan pemenang pingat Gangsa, Innocent Nnamdi. foto Bernama

JAGUH negara, Bonnie Bunyau Gustin menepati ramalan apabila memenangi pingat emas acara powerlifting kategori lightweight pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, Khamis.

Kejayaan itu menyaksikan Bonnie menyumbangkan pingat emas keempat kepada kontinjen negara pada Sukan Komanwel kali ini.

Atlet berusia 23 tahun yang berasal dari Sarawak itu, sekali gus menjadi atlet para Malaysia pertama meraih emas dalam sejarah Sukan Komanwel.

Bonnie memecahkan rekod dengan melakukan angkatan 210 kilogram (kg) di Pusat Pameran Nasional (NEC).

Bonnie, penyandang juara Paralimpik dan pemegang rekod dunia pada 230kg, berjaya dengan dua percubaan berikutnya masing-masing pada 216kg dan 220kg.

Pada saingan final itu, Bonnie turut mencipta rekod temasya apabila mengumpulkan 154.6 mata.

Pingat perak dimenangi wakil tuan rumah, England menerusi Mark Swan yang mengumpulkan 147.6 mata dan gangsa milik Innocent Nnmandi (145.5 mata).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI