suria

Sukan Komanwel 2022: Atlet renang ugut tarik diri, tertekan kisah cinta 3 segi dengan rakan sepasukan terbongkar

Chalmers (kiri) dan McKeon (kanan) mula bercinta pada tahun lalu. Foto: Getty.

ATLET renang Australia Kyle Chalmers mengugut untuk menarik diri daripada Sukan Komanwel selepas kisah cinta tiga segi bersama rakan sepasukannya terbongkar.

Menurut Chalmers, dia mengalami tekanan selepas kisah peribadi melibatkan dirinya tersebar sehingga mendapat liputan media.

"Selepas beberapa percubaan, saya duduk dan menilai sama ada saya akan meneruskan sukan ini kerana saya telah memberikan segala-galanya kepada negara ini, saya telah memberikan segala-galanya untuk sukan saya.

"Saya sangat berbangga dengan ujian, memenangi kejuaraan kebangsaan ke-10 saya, kelima dalam acara berbeza dan baru pulih pembedahan bahu.

ARTIKEL BERKAITAN: Menari tanpa rasa malu, wanita tayang punggung ketika siaran Sukan Komanwel

"Tetapi daripada memberi tumpuan kepada perkara positif, anda semua (media) mahu memberi tumpuan kepada perkara negatif," ujarnya di Instagram.

3 segi 2

McKeon dikatakan sedang bercinta dengan Cody Simpson, penyanyi yang kini bergelar atlet renang Australia.

Untuk rekod, penyanyi Cody Simpson yang menyertai sukan renang profesional pada 2019 kini menjalinkan hubungan dengan Emma McKeon yang juga atlet renang negara itu.

Chalmers dikatakan bercinta dengan McKeon pada 2021 dan kini 'bersatu' semula dengan wanita itu sebagai ahli kumpulan untuk pasukan renang Australia.

Sementara itu, Simpson juga mengesahkan kepada pihak media bahawa dia mula bercinta dengan McKeon sejak awal bulan ini.

Kisah cinta rumit itu ternyata menjadi bualan ramai kerana mereka bertiga kini terlibat secara langsung dalam satu pasukan yang berentap di Sukan Komanwel 2022. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain