suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bertuahnya cucu Floyd Mayweather... Tahun lepas dapat jam tangan Rolex, terbaru datuk hadiahkan ‘car seat’ berharga lebih RM80,000!

Kerusi bayi khas buat Kentrell Jr yang diletakkan di dalam kereta Rolls Royce kelihatan mewah dan istimewa.

TERKENAL dengan gaya hidup mewah, Floyd Mayweather, sekali lagi membuatkan para peminatnya ternganga apabila sanggup memperuntukkan sejumlah besar wang buat cucunya.

Kali ini, legenda tinju itu sanggup membelanjakan $18,000 (RM80,226) membeli kerusi bayi untuk diletakkan di dalam kereta Rolls Royce miliknya.

Kerusi bayi tersebut kelihatan mewah dan istimewa dengan fabriknya diperbuat daripada bulu-bulu halus yang lembut.

Tahun lalu, Mayweather menghadiahkan jam tangan jenama Rolex ketika cucunya, Kentrell Jr, baharu berusia lima minggu.

Sudah semestinya Kentrell Jr, yang kini berusia setahun lebih, menjadi antara cucu paling bertuah di dunia.

Mayweather 'naik pangkat' menjadi datuk awal tahun lalu apabila anak sulungnya, Yaya, menimang anak pertama dengan penyanyi rap NBA, Youngboy. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia