suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terlebih stamina lelaki, transgender dihalang bermain ragbi pasukan wanita

Perbezaan fizikal menyebabkan transgander tidak dibenarkan bermain dalam ragbi wanita

PERBEZAAN fizikal termasuk kelebihan dalam kekuatan dan stamina bersifat kelelakian menyebabkan Kesatuan Bola Sepak Ragbi (RFU) mengesyorkan cadangan larangan wanita transgender bermain dalam perlawanan wanita.

Keputusan itu dibuat selepas semakan dua tahun dan perubahan dalam dasar boleh diperkenalkan sebelum musim 2022-23 jika diluluskan oleh RFU.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, RFU akan mengundi cadangan bagi perubahan dasar dengan hanya membenarkan pemain dalam kategori wanita yang jantinanya direkodkan semasa lahir adalah wanita.

"Ini adalah keputusan yang kompleks dan sukar malah cadangannya tidak dibuat secara mudah atau tanpa penyelidikan mahupun perundingan yang menyeluruh.

"RFU juga telah menghubungi pemain wanita trans yang berdaftar yang mana dasar itu akan memberi impak langsung dengan menawarkan sokongannya dalam terus menggalakkan mereka menyertai sukan itu," ujarnya.

Dasar itu sebelum ini telah menyaksikan badan induk Inggeris membenarkan beberapa wanita transgender bermain ragbi wanita mengikut kes.

Bagaimanapun, ragbi Inggeris kini berubah fikiran, mengatakan penyelidikan memberikan bukti 'perbezaan fizikal' dan 'kelebihan dalam kekuatan, stamina dan fizikal' akibat akil baligh lelaki. - Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

transgender, RFU, ragbi, pasukan wanita,

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia