suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paling lumayan dalam sejarah! Ronaldo dapat tawaran kelab Arab Saudi bernilai RM1.3 bilion

Ronaldo dikhabarkan didekati sebuah kelab Arab Saudi. Foto: Getty Images

BINTANG Manchester United, Cristiano Ronaldo dilaporkan mendapat tawaran yang sangat lumayan untuk bermain di Arab Saudi.

Menurut CNN Portugal, pemain berusia 37 tahun itu telah didekati oleh sebuah kelab yang tidak dinamakan di negara teluk tersebut.

Menurut laporan media itu lagi, kelab tersebut bersedia untuk memberikan kontrak dua tahun bernilai £250 juta (RM1.3 bilion) kepada pemain antarabangsa Portugal itu.

Jika benar, ini sekaligus menyaksikan Ronaldo memperoleh pendapatan sekitar £2.4 juta (RM12.6 juta) setiap minggu.

Bukan sahaja perjanjian itu akan menjadikannya pemain bola sepak dengan bayaran tertinggi di planet ini, ia juga akan menyaksikan dia memperoleh pendapatan berganda, lebih daripada gabungan pendapatan Kylian Mbappe, Lionel Messi dan Neymar. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain