suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang Juventus dedah Ronaldo suka ‘jenguk’ pinggan rakan sepasukan, beri nasihat mengenai pemakanan

Cristiano Ronaldo diketahui terkenal dengan rejim pemakananannya yang sangat ketat.

MEMILIKI tubuh idaman ramai, Cristiano Ronaldo diketahui terkenal dengan rejim pemakananannya yang sangat ketat.

Bintang Manchester United itu dilaporkan 'mempengaruhi' orang di sekelilingnya bagaimana mereka juga harus menjaga pemakanan masing-masing.

Ronaldo dikatakan memberi inspirasi dan memperkenalkan pendekatan pemakanan yang lebih sihat apabila kembali ke Old Trafford, dengan rakan sepasukannya mula mengelak mengambil pencuci mulut dan meniru diet Ronaldo.

Meskipun berusia 37 tahun, sosok tubuh pemain bola sepak itu menjadi idaman ramai.

Salah seorang bekas rakan sepasukan di Juventus berkata, bintang Portugal itu memberitahu orang di sekelilingnya apa yang perlu dimakan untuk mencapai kejayaan.

Pemain tengah Juventus, Arthur, mendedahkan Ronaldo akan mengulas mengenai pilihan makanan rakan sepasukannya.

"Kami pernah duduk bersama di meja dan kadang-kadang dia akan melihat pinggan kami dan katakan 'ini bukan apa yang anda patut makan'.

"Ronaldo bukan sekadar pemain bola sepak, dia adalah atlet pilihan. Dia mengejutkan saya dengan profesionalismenya, dengan semua yang dia lakukan di atas padang dan juga di luar padang," ujarnya. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain