suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas pemain bola sepak, Paul Hampshire maut dilanggar kereta

Paul Hampshire maut selepas dilanggar sebuah kereta pada Ahad.

BEKAS pemain bola sepak, Paul Hampshire maut selepas dilanggar sebuah kereta pada Ahad.

Pemain tengah dari Scotland itu meninggal dunia pada usia 40 tahun selepas berkecimpung selama 20 tahun dalam arena bola sepak di kelab terkenal Raith Rovers, Berwick Rangers dan East Fife.

Penghormatan terakhir buat Hampshire turut dizahirkan oleh bekas kelabnya.

"Kami dukacita apabila mengetahui berita pemergian bekas pemain Paul Hampshire, yang maut selepas dilanggar sebuah kereta pada Ahad.

"Berasal dari Dunbar, dia adalah adik kepada Steven, seorang penyerang yang bermain untuk Chelsea. Paul diingati kerana ketangkasan kaki kirinya, dan dia meninggalkan Rovers untuk bersama Berwick Rangers pada Mei 2003.

"Seluruh ingatan kami bersama keluarga Hampshire," demikian kenyataan Raith Rovers. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain